Thứ Ba, 26 tháng 6, 2012

Liam Hemsworth Muka Baru Untuk Jenama Pakaian Bench

Pelakon utama “The Hunger Games”, Liam Hemsworth telah dipilih sebagai duta terbaru untuk jenama pakaian terkenal dari Filipina, iaitu Bench. Sebelum ini jenama Bench pernah memilih beberapa lagi artis Hollywood terkenal sebagai duta untuk pakaian jenamanya, seperti David Archuleta, Michael Trevino dan Joe Jonas.

Liam telah menemui pemilik jenama Bench sendiri, iaitu Ben Chan di Los Angelas dua minggu lepas bagi mengesahkan kontrak beliau dengan syarikat jenama terkenal tersebut. Sementara itu, wajah Liam Hemsworth telah mula di paparkan dibeberapa papan iklan di sekitar jambatan Guadalupe di Manila, Filipina.

Jenama Bench telah bertapak dalam dunia fesyen Filipina selama 26 tahun dan telah menerima beberapa anugerah termasuklah Anugerah Best in Marketing Campaign anjuran Federation of the Asia Pacific Retailers Association (FAPRA).

Pakaian jenama Bench telah mula diperkembangkan di negara Cina, dimana pada tahun 2002 Bench telah membuka sebuah Butik jenamanya di Shanghai. Selain itu, pada tahun 2009, jenama Bench telah dilantik menjadi penyumbang rasmi bagi Morecambe Football Club untuk musim 2009 dan 2010.

Selain mereka pakaian untuk golongan lelaki, jenama Bench turut mengembangkan sayapnya kepada rekaan untuk golongan wanita. Dimana pada tahun 1998, Bench telah mengeluarkan rekaan jaket dan pakaian wanita yang berkonsepkan urban.

Bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan jenama Bench, anda boleh layari website rasminya di www.bench.com

Liam HemsworthDavid ArchuletaDavid ArculetaScreen Shot 2012-06-26 at 7.28.51 PM

 

 

Sumber : Lifestyle.malaysia.msn.com, Abs-cbnnews.com, www.bench.com

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét