Dunia hiburan memang tidak pernah sunyi. Sebelum ini, imej penyanyi yang popular dengan lagu “Pulanglah”, Awi Rafael telah tercalar akibat tersebarnya gambar-gambar dirinya yang bertatu. Namun, kesan penyebaran gambar tersebut telah membuatkan Awi terharu dan kini sedang dalam proses membuang tatu tersebut mengikut kaedah rawatan secara Islam.
“Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar di sebalik kejadian tersebut,” ujar Awi Rafael.
Dia juga memberitahu selepas gambar itu tersebar, banyak pihak telah tampil untuk membantunya membuang tatu tersebut.
“Ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat mereka selain melalui kaedah moden.”
Awi turut menjelaskan kepada wartawan mStar Online yang dia sebenarnya sudah hampir setahun menjalani proses membuang tatu tersebut secara Islam dan ia memang mengambil masa yang lama.
“Sebelum gambar saya tersebar lagi memang saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam. Bagaimanapun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa,” dipetik dari mStar Online.
Baguslah kalau begitu, mari kita sama-sama menyokong perubahan yang telah dilakukan oleh Awi Rafael.
Sumber/Gambar : mStar Online, Gua
Related posts:
- Isu Tatu : Pendakwah Bebas Puji Tindakan Awi Rafael
- Terkini : Luna Maya Hilangkan Tatu, Polis Sudah Kesan Doktornya
- Pengakuan Awi Rafael Dan Permohonan Minta Maaf Kepada Peminatnya
- Adakah Claris Callista Wanita Inspirasi Lagu Awi Rafael, Kalista?
- Sukar Tidur & Badan Sakit, Abby Abadi Disihir!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét