Thứ Bảy, 30 tháng 6, 2012

Saman Anwar Terhadap Khairy Didengar 14 Dan 20 Nov

KeadilanDaily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta beliau terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada November depan.

Ia berhubung perkataan berunsur fitnah oleh Khairy yang dimuat naik dalam beberapa laman web menerusi klip video.

Mengikut sebuah portal, peguam J Leela, yang mewakili Anwar memberitahu, Ketua Umum KEADILAN itu dan seorang wartawan akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Leela dipetik berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng menetapkan 14 dan 20 November untuk mendengar kes saman itu selepas bertemu beliau dan peguam Faizal Faiz, yang mewakili Khairy, di dalam kamarnya, hari ini.

Katanya, hakim turut memerintahkan kedua-dua pihak supaya memfailkan ringkasan kes, senarai saksi dan isu yang akan dibicarakan.

Anwar memfailkan saman berkenaan pada 7 Mac 2008 dengan mendakwa Khairy, ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and Kin No Threat’, dimuat naik dalam beberapa laman web, termasuk Malaysiakini.

Anwar memohon RM100 juta dalam ganti rugi teruk dan teladan, selain relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét