Tepat jam 3.55 petang, Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh bapa Irma Hasmie dengan mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di Dewan Persidangan Putrajaya dan Irma Hasmie telah diwalikan oleh bapanya dan 2 orang saksi.
Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 400 orang tetamu termasuk rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara terdekat.
Pihak lelaki iaitu Redza yang memakai baju rekaan Ezuwan Ismail telah menerima 13 dulang hantaran manakala Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat Couture telah menerima 11 dulang hantaran berupa.
Turut hadir di majlis pernikahan ini termasuklah selebriti Diana Amir, Misha Omar dan Heliza Helmi sebagai pengacara.
Majlis resepsi Redza Syah Azmeer & Irma Hasmie akan berlangsung pada 1 Julai, Ahad ini di MAEPS, Serdang jam 8 malam.
Related posts:
- 9 Foto Hi-Res Pertunangan Irma Hasmie & Reza Syah
- Irma Hasmie Bakal Bertunang?
- “Besarnya Kuasa Allah” – Irma Hasmie Kongsi Pertemuan Dengan Syah Reza
- Sahkan Bakal Bertunang, Irma Hasmie Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini!
- (Gambar) Irma Hasmie Bertudung Di Rafflesia, Kelainan Juga.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét