Sememangnya bukan mudah untuk seseorang wanita menunggang motosikal berkuasa tinggi sehingga mencecah 1200 cc. Selain berat dan besar, ia juga memerlukan seseorang penunggang itu mempunyai tenaga yang kuat untuk menunggangnya kerana jika silap cara pembawaannya, maka motosikal besar itu boleh terbalik dan menimpa pemiliknya sendiri.
Tiada istilah takut, bahaya mahupun mengalah bagi lima bintang popular Erra Fazira, Dira Abu Zahar, Fauziah Latiff, Linda Onn dan Datuk Siti Nurhaliza apabila menjadikan aktiviti menunggang motosikal besar sebagai hobi. Bagi mereka aktiviti tersebut memberikan 1001 kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Bagi Erra, Dira, Siti, Fauziah Latiff dan Linda Onn mereka mempunyai sebab mengapa memilih aktiviti yang dianggap milik golongan kaya itu sebagai hobi. Mereka juga merasakan bahawa hobi ini juga lah yang mampu memberi kepuasan bagi mereka semua dengan cara yang berbeza.
Lihat sahaja pada gaya dan penampilan mereka ketika berada disisi motorsikal masing-masing. Semuanya nampak begitu bergaya dan berkeyakinan dengan hobi milik mereka ini.
Kredit Foto : Google
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét