Pasangan yang sedang bercinta atau sudah berkahwin biasanya akan gemar memakai pakaian atau menampakan penampilan mereka sama sedondon. Biasanya pasangan yang ingin nampak sedondon ini menggayakan pakaian yang bercorak atau warna sama atas sebab ingin nampak serupa atau serasi dengan pasangannya. Jarang kita lihat pasangan yang berkahwin ingin menggayakan pakaian mereka sama seperti pasangan masing-masing.
Kebiasaannya pasangan yang sedang bercinta sahaja yang kelihatan lebih kerap ingin berpakaian sama dengan pasangannya. Namun berbeza bagi pasangan selebriti ini, mereka berdua ini lebih gemar bergaya sama sahaja. Tidak kira dari segi warnanya mahupun corak pada pakaiannya. Dan bukan cuma kelihatan sama ketika berpakaian formal sahaja malah ketika bergaya secara kasual juga mereka ini gemar memakai pakaian yang kelihatan sama.
Pasangan selebriti yang dimaksudkan ialah Mawi dan isteri tercinta iaitu Ikin. Jika dilihat pada penampilan mereka ini pasti mereka akan sentiasa tampil sama sedondon sahaja. Dari awal perkahwinan sehinggalah sudah memiliki seorang cahaya mata kini mereka masih lagi gemar memakai pakaian sedondon.
Penampilan mereka nampak sama cantik dan sama padan sahaja tidak kira dimana sekalipun. Bertuah pada Mawi kerana memiliki seorang isteri yang suka menjaga penampilan sesama pasangan. Setiap apa yang digayakan mesti dijaga rapi buat mereka berdua ini.
Kredit Foto : Google
Related posts:
- (Video) Pasangan Kekasih Cium Depan Pavilion, Persis Selebriti Hollywood!
- Selebriti Dan Cekak Rambut
- Jenama Tas Tangan Pilihan Selebriti
- Mari Menari : Pasangan Shai, Pasangan Pertama Tersingkir
- Pasangan Pelakon Bersekedudukan, Tunggu Masa Orang Nak Report!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét