Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan telah membelanjakan RM170 juta dengan cara salah hanya untuk membetulkan persepsi orang awam terhadap polis.
Katanya, kerajaan juga secara berlebihan menumpu kepada menguruskan persepsi awam berbanding menangani masalah jenayah.
Ini berdasarkan perbelanjaan besar kerajaan dalam peruntukan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi memerangi jenayah untuk menguruskan persepsi semata-mata.
“Rakyat Malaysia mahu melihat proses penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan jenayah. Ini hanya diperolehi daripada tatakelola dan pengurusan ekonomi yang kukuh bagi mengurangkan jurang pendapatan rakyat.
“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa bekerja untuk memperbaharui struktur pasukan polis, bukan semata-mata memikirkan persepsi umum,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEDAILAN, hari ini.
Wan Azizah berkata, 71 peratus daripada belanjawan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tahun 2012 adalah untuk mengurangkan perasaan takut terhadap aktiviti jenayah.
Menurut beliau, satu-satunya aktiviti yang dinyatakan dalam laporan Pemandu 2011 adalah kajian ‘Takut Menjadi Mangsa Penyiasatan Jenayah’ dan kerajaan memperuntukkan RM170 juta untuk tujuan itu.
“Konsep ‘Keputusan Besar Pantas’ hanyalah semata-mata untuk memberi persepsi kepada rakyat bahawa aktiviti jenayah sudah menurun daripada membaikpulih struktur keselamatan Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Biro Perdagangan, Wong Chen mempersoalkan ‘program bandar selamat’ yang menelan belanja RM28 juta atau 11.27 peratus dari RM240 juta peruntukan pengurusan NKRA.
“Adakah mereka ada ‘air time’ (iklan di media), atau mereka cetak lima juta risalah untuk diedarkan pada orang ramai? Ini tidak termasuk kos pembelian aset seperti CCTV untuk dipasang di tempat awam dengan kos RM15 juta.
“Kita masih belum dengar sebarang maklum balas mengenai isu yang dibangkitkan minggu lepas. Mengapa Cawangan Khas (SB) melebihkan aktiviti mengintip rakyat sendiri daripada mencegah aktiviti jenayah?” soalnya.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét