Thứ Tư, 11 tháng 7, 2012

Pakar Biologi Namakan Spesis Ikan Baru Sempena Nama Bob Marley

Wah, apa kena mengena ikan dengan Bob Marley? Bagi anda yang mengenali, Bob Marley memang terkenal dengan lagu-lagu seperti “No Woman, No Cry” dan juga lagu berkenaan marijuana. Bob Marley sendiri adalah seorang pengguna marijuana yang tegar.

Berita terbaru dari Hollywood, seorang pakar biologi marin bernama Paul Sikkel telah menamakan seekor ikan spesis baru yang dijumpai di kawasan batu karang kepulauan Caribbean sempena nama Bob Marley.

Menurut Sikkel, “Saya namakan spesis baru ini, yang sememangnya adalah keajaiban alam, disebabkan respek dan minat saya pada muzik Marley. Tambahan lagi, spesis ini memang unik seperti Caribbean dan Marley itu sendiri.”

Untuk pengetahuan, ikan dari keluarga ‘gnathiid isopod’ ini dinamakan “Gnathia Marleyi”.

Sumber : Contact Music

No related posts.


Link to full article

Video : JinnyBoy TV Lancarkan Filem Pendek Terbaru, “Unfold”

Mula dikenali dengan video pendek berjudul “My Generasi” dan kemudian video mengenai masyarakat Malaysia berjudul “Only In Malaysia”, JinnyBoy kini melangkah setapak lagi dengan sebuah filem pendek terbaru, “Unfold”.

Kali ini, JinnyBoy lari dari tema video-videonya sebelum ini dengan mengarahkan filem pendek yang mempunyai kisah percintaan yang mengelirukan diantara 2 sahabat. Biasa terjadi dikalangan masyarakat, OHBULAN! pasti anda sendiri pernah melalui pengalaman seperti ini bukan?

Dilancarkan 4 hari lepas, video berdurasi 11.24 minit ini kini telah mencapait lebih 100,000 ribu jumlah tontonan. Apa yang pasti, Jin Lim & Reuben Kang sememangnya mempunyai bakat dan mampu memeriahkan lagi industri hiburan tanah air. Jom tonton filem pendek, “Unfold”, selepas ini!

No related posts.


Link to full article

Orang Yang Paling Takut Saya Jadi Perdana Menteri Ialah Mahathir


Link to full article

Kes TALAM Adalah Satu Proses Kutipan Hutang

Kes Talam merupakan satu proses bagaimana Kerajaan Selangor mengutip hutang sebanyak RM392 juta daripada syarikat Talam Corporation. Malangnya, kejayaan cuba untuk diremehkan dengan mempersoalkan kewibawaannya. Sesetengah pihak telah memberi persepsi seolah usaha ini telah dilakukan dengan tidak professional dan telah merugikan rakyat Selangor.

Saya ingin tegaskan bahawa pengutipan hutang ini adalah hasil usaha Menteri Besar Incorporated (MBI) yang Ahli Lembaga Pengarahnya adalah terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan saya sendiri selaku Pengerusi.

Proses pengutipan hutang ini melibatkan dua peringkat dimana peringkat pertama adalah “debt recognition” atau pengesahan hutang.

Peringkat pertama telahpun selesai dimana Dewan Selangor telah mengiktirafkan hutang tersebut dan MBI telah diberi tugas untuk mengutip hutang tersebut.

Dalam menjalankan tugas mengutip hutang, MBI telah membuat beberapa perjanjian untuk memastikan hutang diselesaikan dengan beberapa cara termasuk pembayaran tunai dan penyerahan harta kepada MBI.

Sebagai sebuah badan professional, MBI telah membuat beberapa usaha bagi memastikan kepentingan kerajaan negeri sentiasa diutamakan. Antara usaha
yang dilakukan adalah memastikan Talam menandatangani perjanjian dokumen jaminan nilai aset ( Underwriting assets document) yang diserahkan. Semua asset yang diserahkan oleh Talam hendaklah tidak kurang dari RM392 juta.

Ini bermakna walau apa pun aset yang diserahkan, rakyat negeri Selangor tidak akan mengalami kerugian kerana jaminan nilai aset melalui perjanjian tersebut.

Peringkat kedua pula adalah pelaksanaan perjanjian yang melibatkan proses yang agak rumit dan sukar difahami oleh mereka yang kurang arif. Kerajaan Negeri percaya pegawai yang terlibat telah melaksanakan tugas dengan baik kerana akhirnya kesemua hutang tersebut dapat dikutip semula. Pada masa yang sama, mereka ini telah memastikan setiap transaksi mempunyai dokumen lengkap dengan minit-minit yang direkodkan. Tiada ruang untuk mana-mana pihak mengambil komisyen atau imbuhan daripadanya.

Memandangkan masih ada lagi orang yang mahu memberi tohmahan kepada pegawai kerajaan ini maka MBI telah membuat keputusan untuk menjemput firma audit dan akauntan bertaraf antarabangsa untuk meneliti dan mengkaji proses pelaksanaan kutipan hutang sepenuhnya. Firma ini juga akan menyediakan satu laporan dan analisa secara professional. Usaha ini akan dikelolakan oleh bekas Akauntan Negara, Y Bhg Dato Mohd Salleh Mahmud.

Saya ingin tegaskan, usaha mengutip hutang bukanlah retorik politik. Bukan juga untuk meraih publisiti. Ianya adalah amanah dan tanggung jawab dalam menguruskan sumber kewangan negeri yang akhirnya sumber tersebut harus dipulangkan semula kepada rakyat.

TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR


Link to full article

Fashion Show Raya 5 Stars II : Hazwani Osman

Tanggal 9 Julai lepas telah berlangsungnya Fashion Show Raya 5 Stars II bertempat di Muzium Tekstil Negara. Pertunjukan fesyen ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran para artis jemputan seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Tasha Shila, Fazura, Natasha Hudson dan si kecil molek Elfira Loy.

Menerusi pertunjukan fesyen ini, pereka fesyen terkenal Hazwani Osman telah menampilkan koleksi rekaan beliau yang berkonsepkan “Lebaran Love Story”. Menampilkan 10 koleksi yang cantik dan menarik, Hazwani Osman turut menonjolkan busana daripada rona hitam, putih dan juga pastel.

Ini merupakan 10 koleksi foto busana rekaan Hazwani Osman yang diperagakan pada malam “Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II”:

Baju melayu moden yang dipadankan dengan seluar bercorak batik ini kelihatan sungguh klasik dan unik. Paduan rona putih dan biru merupakan kombinasi yang sungguh ideal dan mampu membangkitkan gaya tampan buat si jejaka.

Busana rona pitch ini kelihatan sungguh menarik dengan padanan kain bercorak abstrak. Busana berpotongan ala kebaya pendek ini kelihatan sungguh menyerlah dengan adanya sematan lebihan kain yang bermotifkan reben dibahagian pinggang. Sematan ini mampu menampilkan ilusi langsing serta menonjolkan lagi keanggunan buat si gadis.

Busana kurung moden rona putih ini kelihatan sungguh klasik dan menawan. Kombinasi rona putih dan hitam merupakan paduan warna yang sungguh sesuai dan ideal. Walaupun busana ini kelihatan sedikit ringkas, tetapi ia mampu membangkitkan aura sopan dan anggun si pemakai.

Busana kurung moden rona putih dan pink ini merupakan kombinasi warna yang sungguh lembut dan menarik. Sematan bermotifkan reben dibahagian pinggang mampu memberikan ilusi langsing dan tinggi buat si gadis. Selain itu, sedikit padanan sulaman dibahagian kaki baju mampu menaikkan lagi seri pesona dan sopan wanita melayu.

Busana rona putih dan hijau turquoise ini kelihatan sungguh unik dan menarik. Potongan kain yang direka sedikit kembang ala skirt ini mampu menonjolkan kelainan dalam rekaan Hazwani Osman dan ia mampu menyerlahkan lagi penampilan si gadis di pagi lebaran.

Busana rona putih berpotongan pendek ini kelihatan sungguh menarik apabila dipadankan dengan kain bertahtakan sulaman daripada motif flora. Selain itu, penambahan renda di bahagian leher busana mampu membangkitkan gaya moden dan memberikan aura keayuan buat si gadis.

Busana rona putih dan merah ini kelihatan sungguh anggun dan menawan. Paduan warna yang bijak mampu menyerlahkan lagi penampilan si gadis di pagi lebaran. Selain itu, potongan kain rona merah berombak ini mampu membangkitkan lagi gaya klasik dalam penampilan.

Busana kurung moden rona hitam dan merah ini kelihatan sungguh cantik dan menarik. Gabungan warna yang ideal ini mampu membangkitkan aura klasik dan menyerlahkan lagi penampilan si gadis. Disamping itu, padanan corak ringkas di bahagian baju mampu menonjolkan lagi penampilan dan pesona buat gadis melayu.

Busana rona cream berpotongan ala kebaya moden ini kelihatan sungguh menyerlah apabila dipadankan dengan kain rona hitam. Kombinasi warna yang sungguh menarik ini mampu menonjolkan kejelitaan dan keanggunan si gadis. Selain itu, bahagian kaki kain yang direka sedikit berombak mampu membangkitkan aura klasik dalam penampilan.

Busana rona hitam ini kelihatan sungguh elegan dan mempesonakan. Walaupun ia kelihatan sedikit ringkas, tetapi tetap kelihatan menarik dan menawan kerana potongannya yang moden dan mampu memberikan ilusi langsing buat si pemakai.

No related posts.


Link to full article

Opel Adam city car revealed ahead of Paris debut

GM Europe has revealed the Adam city car, which will wear Opel and Vauxhall badges, and debut in Paris this September. The Adam is an A-segment three-door hatchback aimed at the style conscious, think Fiat 500 and MINI. But unlike those two, Opel has no heritage to play with, so they’ve chosen modern design with lots of customisation.

Your Adam can be had as a JAM (unconventional, fashionable and colorful), GLAM (a more elegant, refined and sophisticated setting) and SLAM (for energetic and sporty types). These three “mood worlds” set the stage for a “virtually unlimited potential for personalisation” with a choice of exterior colorus, three roof colours, various interior colours, decors and headliners, including an LED lit “starlight” roof trim. Adam Lambert would make a good ambassador!

“No other car in this segment can be personalized as much as the Opel Adam because we are offering virtually unlimited exterior/interior colour, fabric, decor and kit combination possibilities. It’s unlikely our customers will see another car like theirs,” says Mark Adams, Opel VP of Design.

The Adam measures almost 3.70 meters in length and 1.72 meters wide excluding mirrors (2,311 mm wheelbase), a size which is closer to the MINI than the Fiat. Seating is for four. Design highlights include a “floating” roof, badging on the sides (base of rear pillars), the blade shape in the lower door and the characteristic “shock wave” around the door handles from the Astra GTC. The latter two are Opel signatures.

The headlamps feature wing-shaped daytime running lights (DRL) typical of Opel. For the first time in the A-segment, both the headlamps and the taillights are available with energy-saving LED technology.

Inside, Opel points us to the new infotainment system that offers smartphone connectivity for Apple iOS and Android. The system makes selected smartphone content including Internet based apps such as GPS navigation available in the cabin. It collects the content and displays it on the seven-inch colour touch screen.

Noteworthy features include Advanced Park Assist (APA II). Drivers engage the system with a button on the dash and it tells them when they pass a parallel parking space large enough for Adam. APA II then automatically steers Adam into the parking space, with the driver just controlling the brake, clutch and gears.

The ultrasonic sensors are shared with Side Blind Spot Alert, which should work like Volvo’s BLIS. Another first in the A-segment is the heated steering wheel, which is very valuable in winter.

Wheel sizes range from 15 to 18-inch, and cars that are specified with 17 or 18-inch rims come standard with a Sports chassis. Adam’s Electric Power Steering (EPS) includes a CITY mode which increases power assistance at lower speeds. ESP with Hill Start Assist is standard across the range, as are two sets of ISOFIX points plus top tethers.

The Adam will initially be offered with three petrol engines (1.2L 70 hp, 1.4L 87 hp and 1.4L 100 hp) with a five-speed manual. All are available with an ecoFLEX tech pack including Start/Stop. A new small petrol engine with direct injection turbocharging and a six-speed manual will be offered later.

The Opel/Vauxhall Adam will hit European showrooms in January 2013. A cool Opel, it’s been awhile since we had such a thing!

adam-01adam-02adam-03adam-04adam-05adam-06adam-07adam-08adam-09adam-10adam-11adam-12adam-13adam-14adam-15adam-16adam-17adam-18adam-19adam-20adam-21adam-22adam-23adam-24adam-25


Link to full article

Najib demokrat palsu

The Malaysian Insider
Oleh Dr.Dzulkefly Ahmad

Setelah disenaraikan dalam kelompok “aukokrat baru” dalam sebuah makalah berjodol “A 21st-century checklist of the new autocrats”, penulisan Mark Mackinnon (terbitan: Jun, Globe and Mail) itu juga mengkategorikan Perdana Mentrei Najib Razak dalam ketegori “Democrat Palsu” atau “False Democrat”. Tiga kelompok autocrat lain ialah: “Mad Egotists, Violent Populists and Callous Capitalists”.

Tersenarai juga ialah Presiden Russia Vladimir Putin, Palestinian President Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopian Meles Zenawi, PM Cambodia Hun Send dan tidak ketinggalan PM Malaysia Najib Razak. Bekas ahli kelab dikatakan terdiri dari Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak.

Ciri utama kelayakan dalam kelab ini ialah : Pimpinan ini menganjurkan pilihanraya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan serta memenjarakan seteru politik dari pembangkang.

Meskipun pun demokrasi yang mereka amalkan itu palsu dan tempang, tetap pimpinan demokrat palsu ini boleh diturunkan rakyat dalam ruang media dan demokrasi yang sempit itu.

Di ambang pilihanraya ke-13 yang sangat mencabar buat Najib dan Barisan Nasional, telahan dan “title” barunya tentunya tidak membantu. Sejarah rampasan kuasa di DUN Perak masih segar dalam ingatan umum. Najib wajar mengeluarkan kenyataan bagi membuktkan kesediaan beliau bertarung secara “gentleman” dan seandainya kecundang akan berani berundur secara terhormat sebagai seorang “negarawan” yang disanjung.

Komitmen beliau ke arah ini belum tampak lagi. Sebaliknya segala perhitungan menundakan pembubaran parlimen ditanggapi rakyat sebagai perhitungan licik untuk mengekalkan kuasa. Lebih ngeri lagi apabila rakyat diingatkan dengan retoriknya dengan “biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa Putarjaya tetap akan kita pertahankan”.

Najib terus tertekan untuk membuktika beliau ialah seorang demokrat sebenar dan seorang negarawan tulen. Beliau tidak perlu khuatir dengan hukuman media Barat tersebut. Beliau wajar tahu bahawa yang paling penting ialah “jati dirinya” dan “worldview”nya sendiri.

Sesungguhnya, rakyat bermasalah dengan mendamaikanretorika yang unggol dan baik dengan perbuatannya yang sangat mencurigakan. Tambahan dengan pendirian bolak-baliknya sekaligus menyerlahkan “minda dan jiwa” yang tidak berpendirian kukuh dan kental dalam berdepan dengan pelbagai cabaran yang rencam dan menggoyahkan.

Komitmen beliau memberikan suara “semak-imbang” dan “pertentangan legitimate” dari pihak pembangkang dan pihak sivil dan NGO adalah kunci kepada kayu ukor seotang democrat tulen. Beliau gagal dalam menangani tuntutan dan desakan contohnya Bersih, Anti-Lynas dan GMI. Kesemua adalah tuntutan yang “legitimate”. Beliau tidak perlu teralu gusar bahkan wajar mengurus desakan ini secara “engagement” yang konstruktif bahkan boleh bersekali dalam menganjurkan “reformasi” yang dipinta rakyat.

Sebaliknya Najib semacam gagal memahami hati-budi rakyat bakan memusuhi rakyatnya sendiri. Nyata bahawa beliau lebih selesa mendengar kata-puji dan sokongan dari penyokong tegar dan pencacainya. Akibatnya sesekali tampak Najib semacam “aloof” atau terpisah dari rakyat teramai yang mengharapkan sesuatu dari pimpinan yang telah banyak menabur janji.

Ambil sahaja contoh GMI – Gerakan Mansuhkan ISA. Bertahun-tahun mereka berjuang. Setelah komitmen awal Najib menamatkan undang-undang drakonian, akhirnya ISA dimansuhkan. GMI dan rakyat bersyukur dan berterima kasih. Belum sempat rakyat dan khasnya mangsa memaafkan kesilapan regim yang menganiya mereka, pentadbiran Najib merangka Akta Kesalahan Keselamatan 2012 yang lebih zalim dan drakonian.

Terkini, setelah didesak untuk 45 tahanan ISA dibebas atau dihadapkan ke mahkamah, Najib membuktikan bahawa beliau tidak sebenar melalui “reformasi minda” sebenar. Beliau masih buat-buat pekak kepda 9 orang tehanan yang telah mogok lapar selama berbalas hari. GMI kembali kecewa dan rakyat terus bingung dengan sikap Najib. Lagi mengejutkan bahawa beliau mengaku ISA dimansuh kerana tidak lagi memberi pulangan politik kepadanya, sebaliknya kepada tahanan. Jiwa democrat palsu terserlah dan sangat mengaibkan!

Begitu juga halnya dalam “transformasi ekonomi dan pentadbiran”. Najib memaparkan dirinya sangat mahukan matlamat GTP atau “Program Transformasi Kerajaan” tercapai, tetapi melakukan segala yang sebaliknya cntohnya dalam komitmen kepada “tender terbuka” sebagai lambang kepada “ketelusan dan kebertanggungjawaban”.

Terkini ialah pemberian kontrak dalam LRT-Ampang mengulangi keburukan amalan kronisme dalam pemberian kontrak LRT Kelana Jaya dua tahun lalu.

Kalau dulu Ingress-Balfour Betty tidak diberikan walaupun telah ditetap oleh Prasarana (SPNB) sebagai yang termurah (RM610 juta) dan punya pengalaman teknikal yang baik. Berulang lagi pemberian kontrak (RM960 juta) yang katanya akan diberikan juga kepada Konsortium George Kent yang memperolehi markah rendah dalam penilaian teknikal dan gagal di dalam penilaian kewangan berbanding 7 pembida lain yang jauh lebih berpengalaman teknikal dan keupayaan kewangan dan ada telah siapkan projek sehingga RM5 bilion. Sangat malang.

Najib menangguhkan pembubaran Parlimen tentunya untuk memberikan ruang kepada pentadbiranya untuk membaikki imej dan “approval rating”nya di kacamata rakyat dan pengundi. Berapa banyak lagi program “bela rakyat” yang terpaksa dilakukan sebelum beliau berani bubar parlimen.

Demokrat tulen punya batas memberi yang tidak menjejaskan “reformasi ekonomi jangka jauh” yang diperlukan negara. Pemebrian runcit-runcit tidak mengizinkan rakyat hidup bermaruah bahkan sebaliknya terus meminta-minta dan menanti-nanti. Apakah ini yang mahu dibina oleh seorang pemimpin demokrat dan negarawan tulen.

Sebaliknya semakin lewat beliau tangguh PRU ke-13 semakin ketara bahawa beliau tidak punya komitmen untuk membawa reformasi dan transformasi negara ini kea rah satu prestasi daya-saing yang tinggi dan mengangkat pendapatan rakyat dengan lebih mapan. Tegasnya beliau hanya mahu terus berkuasa.

Kalau begitu sukar hendak ditolak dakwaan bahawa Najib adalah seorang Demokrat Palsu


Link to full article

Nantikan Kejutan Besar di Sabah Pada PRU 13

KeadilanDaily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu kejutan besar akan berlaku dalam politik Sabah pada pilihan raya umum akan datang.

“Akan ada kejutan dalam pilihan raya akan datang. Sabah khasnya akan menyaksikan satu kejutan besar.

“Sebab itu Najib (Razak) takut nak umumkan tarikh pilihan raya. Bila nak tunggu tarikh kena tanya Rosmah (Mansor), Rosmah pula tengok Najib. (Dua-dua) tak boleh nak tahu tarikh pilihan raya,” katanya disambut tepukan gemuruh 5,000 hadirin.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Umum Pakatan Rakyat (Pakatan) di Berchang, Kuala lipis, Pahang malam tadi.

Baru-baru ini, bertiup kencang spekulasi enam pemimpin BN Sabah akan menyertai KEADILAN. Mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang mahu menaikkan orang-orang kepercayaan beliau menjadi calon dalam PRU akan datang. Situasi itu menyebabkan Najib masih mahu menangguhkan PRU sehingga kemelut Sabah dapat diselesaikan.

Ketua Umum KEADILAN itu turut mengulangi janji-janji pilihan raya oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, sebaik sahaja Pakatan menang, harga minyak akan diturunkan. Begitu juga tarif elektrik dan pendidikan percuma.

“Pakatan akan melaksanakan janji termasuk menurunkan harga minyak, tarif elektrik, mengkaji PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan memberikan pendidikan percuma,” katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa pelabur Arab akan datang dengan sejumlah besar pelaburan jika beliau diberikan amanah sebagai Perdana Menteri oleh rakyat.

Biarpun dalam hujan lebat, orang ramai setia menunggu sehingga Anwar menghabiskan ucapan. Jelas kelihatan gelombang perubahan sedang melanda rakyat Pahang yang beberapa tahun lalu tidak berminat menghadiri ceramah Pembangkang.


Link to full article

VIDEO: Next generation Mazda 6 sedan sneak peek!

Mazda has released a teaser video of the next generation Mazda 6. The upcoming D-segment Zoom-Zoom sedan is pretty shy in this video – we only see shadowy glimpses of the car’s sexy design cues, all based on the Mazda Takeri Concept which we first saw at the 2011 Tokyo Motor Show.

The Mazda Takeri Concept is the third interpretation of the Kodo (or Soul of Motion) design and is an evolution of the Mazda Shinari concept. The Kodo design has also spawned the Mazda Minagi concept, which went on to become the Mazda CX-5 SUV. Given how similiar the Mazda CX-5 is to the Mazda Minagi Concept, we’re expecting the production next generation Mazda 6 to be a real looker!

Click here to check out how the Mazda Takeri Concept looks like and read more about the concept, which featured some interesting bits such as a SkyActive-D 2.2 litre twin-turbocharged diesel engine an an i-ELOOP regenerative braking system.


Link to full article

Trailer : “Kepong Gangster” Bakal Cantas “KL Gangster”?

Agak terkejut juga kami apabila mendengar bahawa filem berjudul “Kepong Gangster” bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Ini bukanlah filem parodi KL Gangster mahupun hanya sekadar filem pendek, tapi ia adalah sebuah filem arahan pengarah bernama Teng Bee. Ia mengisahkan tentang kehidupan 5 orang pelajar yang telah menyertai kongsi gelap sejak dari zaman sekolah lagi. Hidup mereka menjadi kucar-kacir dan sentiasa ada pergaduhan di kawasan mereka tinggal, Kepong.

Boleh dikatakan agak berkualiti, filem ini adalah seratus-peratus filem Cina dan OHBULAN! pasti, anda juga tidak mahu ketinggalan untuk menonton filem ini, kan? Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada bulan September 2012. Apa pun, mari kita tonton trailer filem “Kepong Gangster” selepas ini!

Sumber : Blogserius

No related posts.


Link to full article

BIGBANG Turun Malaysia Oktober Ini, “Alive Galaxy Tour 2012″

Berita baik buat para peminat BigBang, kumpulan yang popular dari Korea Selatan ini akhirnya telah mengumumkan bahawa mereka akan turun ke Malaysia pada 27 Oktober 2012.

Buat pertama kalinya turun ke Malaysia, kumpulan ini akan menjelajah ke 25 buah bandar di seluruh dunia dan akan bermula di Shanghai pada 21 Julai ini. Menarik bukan? Dan apa yang pasti, Stadium Merdeka bakal menjadi lokasi persembahan mereka tidak lama lagi.

Sebagai sebuah kumpulan K-Pop yang mempunyai kualiti yang tersendiri, tidak hairanlah jika harga tiket dimulakan pada harga RM98 sehingga ke RM688. Anda boleh dapatkan tiket konsert jelajah “BigBang Alive Galaxy Tour 2012″ di AirAsia RedTix atau Ticketcharge bermula 28 Julai ini. Jadi, sila kumpul duit dari sekarang ya!

Dibawah adalah lokasi dan harga tiket mengikut tempat yang telah disediakan oleh penganjur sempena konsert jelajah ini.

No related posts.


Link to full article

2012 Subaru Forester pricing revised in Malaysia

In the market for an SUV around the RM150k region? We’ve tried helping you make your buying decision in our five-fold mega SUV shootout story. Other than the SUVs featured in that story, there’s also the new Kia Sportage. Now buyers are even more spoiled for choice as the CBU Subaru Forester has had a big revision in pricing in May 2012, including the addition of a new more affordable 2.0 litre model.

The new Subaru Forester 2.0X AWD model is priced at RM149k without OTR costs and insurance, which after adding those costs in, brings the final price tag to RM154,089.20. It’s powered by Subaru’s FB series 2.0 litre four cylinder boxer engine with Active Valve Control System (AVCS), producing 148 PS at 6,000rpm and 196Nm of torque at 4,200rpm. This engine is mated to a SPORTSHIFT 4-speed automatic transmission.

The 2.0X AWD model has all-wheel drive, dual SRS front airbags, Vehicle Dynamics Control System, ABS and EBD, and disc brakes all round. Alloy wheels are 16 inchers. The sound system is a 4 speaker system with a 1-CD 2-DIN player that suports Bluetooth, USB input and steering wheel audio controls. The power steering system is of the EPS type. Click here for the full specs.

There’s also a more expensive model is the Subaru Forester 2.5 XT AWD Turbo, which is now priced at RM185,264.90 OTR including insurance, a big price drop from the previous price tag of over RM220k. This model’s 2.5 litre four cylinder boxer engine produces 230 PS at 5,200rpm and 320Nm of torque at 2,800rpm, also mated to a 4-speed SPORTSHIFT automatic.

Other than the more powerful engine, the 2.5 XT AWD Turbo model adds 17 inch alloys, front side and curtain airbags, a power sliding glass sunroof, roof spoiler, hydraulic power steering instead of EPS, HID lighting for low beam, cruise control and an 8-way power adjustable driver seat. Click here for the full specs.

subaru-forester-25-pricelistsubaru-forester-20-pricelistScreen-Shot-2012-07-11-at-12.52.53-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.52.55-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.52.57-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.52.59-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.53.00-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.53.01-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.53.03-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.53.32-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.53.34-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.53.40-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.53.41-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.53.44-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.53.45-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.53.46-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.53.48-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.53.49-AMScreen-Shot-2012-07-11-at-12.53.51-AM1Screen-Shot-2012-07-11-at-12.58.19-AM1Screen-Shot-2012-07-11-at-12.59.18-AM1Screen-Shot-2012-07-11-at-12.59.25-AM2Screen-Shot-2012-07-11-at-12.58.22-AM3Screen-Shot-2012-07-11-at-12.59.09-AM


Link to full article